Boleh ke Asasi Sains Tertutup sambung degree di Universiti Awam lain?
Boleh ke Asasi Sains Tertutup sambung degree di Universiti Awam lain?
PENDAHULUAN
Pertama sekali min nak ucapkan tahniah kepada pembaca yang mungkin terdiri daripada pelajar lepasan SPM ataupun lepasan asasi.Min berbangga kepada anda semua kerana masih mempunyai minat yang mendalam untuk melanjutkan pelajaran.Yelah bukan semua mempunyai peluang untuk sambung belajar kan?,so peluang yang ada ni kita manfaatkan sepenuhnya.
FOKUS
Ok , berbalik lagi ke soalan bolehkah pelajar asasi sains tertutup seperti Asasi Sains Tertutup seperti yang tersenarai dalam senarai dibawah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda (degree) di Universiti Awam yang lain.
Asasi Sains UMK
Asasi STEM UMT
Asasi Sains UniMas
Asasi Sains UMS
Asasi Sains UPM
Asasi Sains UniMaP
dan asasi-asasi sains tertutup lain yang .
Jawapannya adalah BOLEH.
PERBINCANGAN
"Tapi min saya dengar kat media sosial (Tiktok,Instagram,Facebook) dan google ramai yang cakap tak boleh"
Ramai tak tahu sebenarnya pelajar asasi sains tertutup pun layak menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam yang lain.Namun terdapat perbezaan dengan pelajar asasi sains terbuka dimana pelajar asasi sains tertutup perlu memohon Universiti Awam yang diingini melalui saluran 1 ataupun dikenali dengan istilah (DIRECT INTAKE) manakala pelajar asasi sains terbuka perlu memohon Universiti Awam yang lain melalui UPU.
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MENYAMBUNG PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA (DEGREE) DI UNIVERSITI AWAM LAIN MELALUI (DIRECT INTAKE)
Kebaikan:
- Dapat menyambung pelajaran dalam kos yang diminati
- Syarat yang dikenakan lebih minimum berbanding dengan syarat yang ditetapkan UPU
- Urusan pendaftaran lebih mudah dan efisien
- Dapat memilih universiti yang diminati
- Mengelakkan mendapat kos pengajian yang kurang diminati daripada keputusan UPU
- Persaingan lebih kurang kerana tidak menggunakan mata merit sebagai penentu kemasukan
- Kos pengajian lebih tinggi kerana tiada subsidi daripada kerajaan
- Tempat yang terhad
- Pinjaman PTPTN dalam jumlah yang besar
- Perlu mendaftar sendiri melalui website Universiti terbabit
Ulasan
Catat Ulasan